Soutul Qalb2011

Thursday, February 24, 2011

Soutul Qalb ialah suatu tazkirah yang diterbitkan Unit j-QAF SKLS pada tahun ini. Tazkirah sulong yang diterbitkan secara bertulis ini akan menjadi edaran 2bulan sekali insyallah. Walau bagaimanapun ia juga akan dimasukkan dalam entri blog j-QAF sekolah.





Suara Hati..dengarilah..semoga akan mendapat ganjaran pahala dan menjadi santapan jiwa..walau hanya sekelumit Cuma..insyallah..



Apa Itu KBS?
Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Ia merangkumi semua perkara asas untuk menunaikan solat dan semua bacaan di dalam solat. Bermula dengan sehingga memberi salam. Aktiviti ini dilaksanakan bermula dari murid Tahun 1 sehingga Tahun 6. Kem ini akan dilaksanakan 4 kali setahun mengikut kesesuaian waktu dan pengukuhan akan sentiasa dilaksanakan terutama selepas waktu p&p Pendidikan Islam dan murid-murid akan berjemaah di surau sekolah atau masjid felda sebagai amali wuduk dan amali solat.

Berikut adalah penekanan dan pengukuhan terhadap KBS bermula dari Tahun 1-Tahun 6. Justeru diharap semua warga SKLS sama berganding bahu memberi perhatian dan mendidik murid-murid mengutamakan solat seterusnya akan melahirkan generasi Rabbani.

Solat Tiang Agama..Malah Solatlah Perkara Pertama Yang Akan di Soal di Alam Barzakh kelak..Pimpinlah anak-anak ini ke arah Cinta Ilahi...Semoga dengan usaha semua akan diberkati dan tercapai hasrat murni..Melahirkan Modal Insan yang Cemerlang Dunia & Akhirat..Segala-galanya dari Solat...

Tahun 1
- merangkumi perkara asas iaitu anggota wuduk,niat dan cara berwuduk. Amali wuduk, niat solat, bacaan pendek dalam solat,perlakuan solat dan amali solat. Tahun 2
- merangkumi niat wuduk,mengenal anggota sunat dan rukun wuduk,doa selepas wuduk,bacaan-bacaan dalam solat,bacaan surah lazim, tahiyyat awal dan tahiyyat akhir.
- Lafaz niat solat fardhu dan bacaan doa qunut.
Tahun 3
- merangkumi lafaz solat berjemaah, bacaan tahiyyat awal&akhir,bacaan surah lazim, perkara-perkara yang membatalkan wuduk dan solat. Tahun 4
- merangkumi syarat wajib, syarat sah solat, bacaan doa qunut, tahiyyat awal,tahiyyat akhir, bacaan sujud sahwi, bacaan surah lazim, bacaan lafaz azan & iqamah, kedudukan imam dan makmum serta masbuk dan muafik.
Tahun 5
- merangkumi semua bacaan dalam solat beserta pengertian, amali azan, amali iqamah,doa selepas azan dan iqamah. Tahun 6
- merangkumi semua bacaan dalam solat beserta pengertian, pengukuhan bacaan tahiyyat awal dan akhir, doa qunut, hafazan surah-surah lazim, lafaz solat berjemaah, doa selepas azan dan doa selepas solat.



Balasan Meninggalkan Solat

“ Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Pedoman :
- Bagaimana pula dengan solat dalam kehidupan seharian kita.?.Anak-anak murid kita? Sentiasalah menjaga solat..sentiasalah mengingatkan anak-anak murid kita..anak – anak kita tentang kepentingan dan kewajipan menunaikan solat..mudah-mudahan solat menjadi pemangkin kecemerlangan dalam semua lapangan..serta menjadi Pembentuk Akhlak Mulia dan Insyallah…-

Edaran dalaman j-QAF SKLS 2011

0 comments: