Sambutan Hari Maulidur Rasul 1432H Peringkat Sekolah

Friday, February 25, 2011


Sambutan Maulidur Rasul 1432H Peringkat sekolah SKLS diadakan pada 18Februari yang lalu. Sambutan ini diadakan setiap tahun dan semua guru bersama-sama memeriahkan lagi hari perarakan tersebut. Sambutan Maulidur Rasul diadakan selama seminggu dan dinamakan "Minggu Maulidur Rasul" di bawah Panitia Penitia Pend. Islam j-QAF. Bermula 14 Feb(Isnin) dan kemuncaknya adalah pada 18 Feb 2011 yang mana acara perarakan semua guru dan sekolah di luar kawasan sekolah.

Berikut antara aktiviti sepanjang minggu Maulidur Rasul berlangsung.
Isnin - Perasmian Minggu Maulidur Rasul
Selasa - Cuti Umum Sempena Maulidur Rasul
Rabu - Kisah Nabi & Soalan Kuiz (1)
Khamis - Kisah Nabi & Soalan Kuiz (2)
Jumaat - Perarakan Selawat Semua Guru dan Murid,Ceramah Maulidur Rasul,
Soalan Kuiz, Jamuan dan majlis bersurai.

Semoga sambutan yang diadakan setiap tahun ini akan dapat dihayati oleh semua warga sekolah dan bukan setakat mengalunkan selawat sahaja.Hayatilah kelahiran junjungan mulia ini dalam kehidupan seharian kita dan bersama-samalah kita smua warga berusaha menerapkan nilai-nilai murni dan peribadi unggul ke dalam hati dan kehidupan kita amnya. Insyallah..sama-samalah berdoa.

0 comments: