Peristiwa Isra' Mikraj..1431 Hij

Saturday, July 17, 2010

Peristiwa Israk Mikraj ini mengandungi banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar. Namun, saya begitu tertarik dengan 2 pengajaran penting daripadanya iaitu

1. Kewajiban solat lima waktu telah dianugerahkan kepada umat Muhammad. Kewajiban solat diwahyukan terus tidak seperti kewajiban ibadat lain seperti zakat dan puasa yang diturunkan sebagai wahyu dan disampaikan melalui Jibril. Itu menunjukkan betapa penting dan istimewanya solat. Kewajiban solat juga adalah hadiah yang paling berharga kepada Nabi untuk merawat segala kesedihan dan kemurungan yang baginda hadapi.

Solatlah sebenarnya jalan penyelesaian kepada segala masalah yang kita hadapi. Andai kita berhadapan masalah yang berat yang tak tertanggung, kekecewaan yang tak terbendung, kebuntuan mencari jalan keluar, keresahan dan kekosongan jiwa, kembalilah kepada Allah. Carilah pengampunanNya dan berbicaralah terus dengan Nya.

Hamburkanlah segala duka lara dan resah gelisah jiwa kepada Yang Maha Pencipta, dalam setiap sujud kita. Jangan disimpan kemarahan kita kepada manusia. Lepaskanlah segala kekecewaan kita itu dan mengadulah kepada Yang Maha Bijaksana.

2. Israk Mikraj juga menguji keimanan kita untuk beriman kepada Allah dan Rasulnya dalam hal-hal yang di luar jangkauan pemikiran kita. Sahabat Nabi seperti Abu Bakar beriman dan percaya dengan sepenuh hati bahawa Nabi memang telah pergi ke Palestine dan merentasi 7 langit pada satu malam.

Sesungguhnya peristiwa Israk Mikraj jika dihayati dengan sebaiknya...kita seharusnya bersyukur kerana tidak perlu menunaikan solat yang begitu banyak...betapa nabi kita Muhammad saw telah berusaha mengurangkan jumlah solat..demi kasih dan sayang para umatnya..justeru, sebagai umat Islam kini..mengapa begitu liat untuk menunaikan solat 5 fardhu ini..?apakah masih berat untuk dilaksanakan lagi? Wuhai para muslimin dan muslimat sekalian...ajarlah dan didiklah anak-anak kita sembahyang..jangan biarkan mereka terus hanyut dan leka menunaikan kewajipan ini. Ajarlah anak-anak sedari mereka kecil,tunjukkam]nlah contoh terbaik buat anak-anak..jangan hanya memberikan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru-guru disekolah. SKLS telah pun selesai melaksanakan Kem Bestari Solat kali ke-3 bagi murid tahap 1, ucapan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program ini. Atas sikap tanggungjawab bersama, para guru telah berusaha bersungguh-sungguh memberi tunjuk ajar dan memperkasakan amalan solat dikalangan murid-murid. Bermula dari amali solat, amali wuduk dan bacaan dalam solat sentiasa dilakukan pengukuhan. Dengan demikian, pihak sekolah amat mengharapkan ibubapa semua agar turut memberi perhatian kepada anak-anak terhadap tanggungjawab menunaikan solat ini di rumah. Sesungguhnya juga segala yang baik itu adalah bermula dari rumah dan keluarga anak-anak itu sendiri. Saya sebagai penggerak utama program Kem Bestari Solat ini, saya berharap agar sama-samalah kita mendukung dan memperkasakan solat anak-anak kita dan membentuk mereka anak yang soleh dan solehah..insyallah. KBS untuk murid tahap 2 akan diadakan pada 23 Julai 2010, semoga bertemu lagi.

0 comments: