Kem Bestari Solat Tahun 5

Tuesday, May 25, 2010




Alhamdulillah. j-QAF SK Lui Selatan telah selesaikan menjalankan KBS untuk Tahun 5. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Walaubagaimanapun kami para fasilitator agak kecewa kerana kehadiran murid-murid tidak memuaskan. Murid Tahun 5 sebenarnya hanyalah 41 orang sahaja, jadi kiranya beberapa sahaja murid yang tidak hadir tentu jelas kelihatan. Murid berkenaan telah dikenakan tindakan dan sebagai pengajaran kepada murid yang lain janganlah bersikap acuh tak acuh dengan pelbagai aktiviti yang telah sekolah laksanakan. Segala program dijalankan adalah untuk kecemerlangan murid juga. Harapan kami semua warga sekolah agar dengan menerapkan nilai-nilai murni dan didikan agama yang kukuh ini akan menjadi benteng diri murid-murid untun mendepani masalah sosial yang semakin meruncing kini.
Cuti sekolah akan bermula pada 5 Jun nanti dan KBS akan diteruskan untuk kali ke 2 dan ke 3. Semoga semua murid dapat memberi kerjasama dan bersungguh-sungguh mempelajari ilmu tentang solat sentiasa mempraktikkannya setiap hari. Ini adalah kerana solat itu adalah suatu kewajipan ke atas setiap muslim. Ilall Liqa'.

0 comments: