Kem Bestari Solat Tahun 5

Tuesday, May 25, 2010




Alhamdulillah. j-QAF SK Lui Selatan telah selesaikan menjalankan KBS untuk Tahun 5. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Walaubagaimanapun kami para fasilitator agak kecewa kerana kehadiran murid-murid tidak memuaskan. Murid Tahun 5 sebenarnya hanyalah 41 orang sahaja, jadi kiranya beberapa sahaja murid yang tidak hadir tentu jelas kelihatan. Murid berkenaan telah dikenakan tindakan dan sebagai pengajaran kepada murid yang lain janganlah bersikap acuh tak acuh dengan pelbagai aktiviti yang telah sekolah laksanakan. Segala program dijalankan adalah untuk kecemerlangan murid juga. Harapan kami semua warga sekolah agar dengan menerapkan nilai-nilai murni dan didikan agama yang kukuh ini akan menjadi benteng diri murid-murid untun mendepani masalah sosial yang semakin meruncing kini.
Cuti sekolah akan bermula pada 5 Jun nanti dan KBS akan diteruskan untuk kali ke 2 dan ke 3. Semoga semua murid dapat memberi kerjasama dan bersungguh-sungguh mempelajari ilmu tentang solat sentiasa mempraktikkannya setiap hari. Ini adalah kerana solat itu adalah suatu kewajipan ke atas setiap muslim. Ilall Liqa'.

KHALIFAH CHAMP 2010

Friday, May 14, 2010



kHALIFAH CHAMP telah diadakan pada 16-18 April yang lepas. Program ini adalah rentetan dari Program Khemah Ibadah 2009 yang lepas. Program ini khusus untuk murid Thn 4-Thn 6 SK. Lui Selatan (f). Program ini adalah kerjasama sekolah iaitu di bawah Panitia Pendidikan Islam dengan MAINS. Pihak sekolah sebagai tuan dan menjadi pengelola pelancaran program manakala segala aktivit selama 3 hari tersebut telah disusun atur oleh pihak MAINS...Alhamdulillah semua warga sekolah dan juga fasilitator telah melaksanakan program ini dengan jayanya. Terima kasih dan Tahniah kepada semua semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak. Ada rezeki kita boleh adakan lagi tahun depan. Insyallah.Harapan kami warga guru ialah semoga murid-murid sekalian dapat iktibar dan mendapat in put yang memberangsangkan..besar maknanya khalifah itu..namun, tidak perlu fikirkan tentang khalifah untuk memimpin dunia..bahkan jadilah khalifah untuk diri sendiri...kerana setiap manusia itu adalah khalifah untuk untuk dirinya sendiri..!

KBS Sk. Lui Selatan(f)



KBS dari Thn 1 hingga Thn 5 akan dilaksanakan sebanyak 4 kali setahun. Alhamdulillah kami telah melaksanakan kem ini sehingga tahun 4..Tahun 5 akan menyusul pada akhir Mei ini..meskipun lewat dijalankan untuk murid Thn 5, namun kami tetap menjalankan aktiviti pengukuhan selepas waktu p&p dalam kelas pagi dan kelas tasmik..aktiviti ini dilakukan secara berterusan kerana ia sebagai refresh kepada murid2...Harapan kami semoga apa yang telah dipelajari oleh anak-anak didik kami ini akan meresap dalam nurani dan sebati dijiwa...semoga keutuhan solat dan keikhlasan mengerjakannya akan mendidik serta menjadi pembentuk ke arah akhlak yang baik dan berbidu pekerti mulia...Insyallah..Jangan tinggal solat anak-anakku...Ingat pesan gurumu ini..

Jadual Pelaksanaan KBS 2010

Tuesday, March 30, 2010

tertakluk pada perubahan dan makluman terkini. Terima kasih.

BIL PERKARA TAHUN TARIKH

Kem Bestari Solat Siri 1
1 25/2
2 25/2
3 5/3
4 5/3
5 26/3

Kem Bestari Solat Siri 2
1 2/4
2 2/4
3 9/4
4 9/4
5 16/4

Kem Bestari Solat Siri 3
1 25/6
2 25/6
3 2/7
4 2/7
5 9/7

Kem Bestari Solat Siri 4
1 23/7
2 23/7
3 30/7
4 30/7
5 6/8

PENUTUP KBS 2010 1-5 25 SEPT (SABTU)

Kem Bestari Solat 2010

Kem Bestari Solat telah pun diadakan pada Februari yang lepas. Tidak dapat dinafikan bahawa j-QAF SK. Lui Selatan kali ini terlambat mengadakan kem tersebut. Ini disebabkan dengan kesibukan mengendalikan P&P dan beberapa aktiviti sekolah sehinggakan kem ini terpaksa ditunda beberapa kali. Harap maklum...Kali ini KBS (secara ringkasnya) akan diteruskan penumpuan kepada Kumpulan Kedua.Iaitu murid Tahun 3 & Tahun 4. Jadi kami para tanaga pengajar ini mengharapkan kerjasama dan 100% penglibatan murid-murid Tahun 3 & Tahun 4. Ini adalah program wajib sekolah dan adalah penting untuk semua murid mengikuti KBS ini. Harapan saya, semoga KBS kali ini akan berjalan lancar seperti yang diharapkan dan Insyallah segala objektif akan tercapai. Terima kasih... KBS akan diadakan pada 1 & 2 April 2010 ini.

Ini Guru jQaf Sk. Lui Selatan (f)

Thursday, February 25, 2010




Perjuangan Belum Selesai..
Memperkasakan Pendidikan Islam Melalui
jQAF...Ini guru j-QAF SK. Lui Selatan(F) Murid pertama Program j-QAF ini ialah pada Tahun 2006. Sekarang anak sulung j-QAF disekolah ini sudah di Tahun 5...Insyallah..kami semua dapat merealisasikan matlamat dan objektif dalam memperkasakan anak-anak watan ini dengan didikan Islamiah yang sebaiknya.Insyallah. Bukan hanya guru j-QAF yang perlu memainkan peranan ini, bahkan seluruh warga sekolah amnya...bersama memupuk "akhlak Rabbani"dalam jiwa anak-anak watan ini..Terima kasih.

Assalamualaikum...

Sunday, February 14, 2010