Mesyuarat Membina Soalan Kuiz j-QAF 2011 Daerah Jempol/Jelebu

Friday, April 1, 2011






Assalamualaikum...pada waktu terluang ini ada beberapa makluman yang ingin kami kongsi bersama. Pada 28 Mac yang lepas, salah seorang guru j-QAF SKLS (Pn. Maslinda bt Mohamad)telah terpilih menjadi salah seorang peserta yang akan membina soalan kuiz untuk majlis Semaian Wahyu j-QAF tahun 2011 yang akan diadakan pada Julai ini Insyallah.Banyak pendedahan yang diberi dari sudut cara membina soalan yang pelbagai aras dan struktur. Selain dari itu, ia juga memberi penjelasan tentang perjalanan kuiz yang akan diadakan. Semoga input yang banyak akan turut dikongsi bersama oleh semua peserta yang mengikuti mesyuarat tersebut. Masa diberi 2 minggu untuk menyiapkan beberapa set soalan dan perjumpaan seterusnya akan diadakan untuk proses pemurnian soalan dan kemaskini set soalan peringkat sekolah dan daerah.

Khemah Ibadah 2011




Alhamdulillah..Khemah Ibadah pada 2011 telah pun dilaksanakan dengan jayanya. Program ini adalah kesinambungan dari program Khalifah Champ 2010..alhamdulillah selama 3 tahun berturut-turut SKLS mendapat kepercayaan mengadakan program ini khususnya untuk murid-murid SKLS sendiri. Jutaan terima kasih kepada MAINS dengan kerjasama Sekreteriat Pelajar Mesir yang menjadi tenaga fasilitator dalam melancarkan lagi program ini. Harapan kami warga sekolah agar semua peserta akan mendapat input yang baik dan terbina jati diri hasil dari program tersebut. Sebenarnya tiada siapa yang boleh mengubah diri kita..ia terletak pada diri seseorang itu sendiri. Khemah Ibadah ini telah diadakan pada 4 hingga 6 Mac 2011 yang lepas. Program ini juga sebagai aktiviti pertama Kem Bestari Solat SKLS bagi murid Tahap 2. Segala modul dan LDK adalah menekankan tentang keberkesanan dan pelaksanaan solat. Semoga murid-murid akan menjadi insan yang cemerlang ukhrawi..cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat...