Sambutan Hari Maulidur Rasul 1432H Peringkat Sekolah

Friday, February 25, 2011


Sambutan Maulidur Rasul 1432H Peringkat sekolah SKLS diadakan pada 18Februari yang lalu. Sambutan ini diadakan setiap tahun dan semua guru bersama-sama memeriahkan lagi hari perarakan tersebut. Sambutan Maulidur Rasul diadakan selama seminggu dan dinamakan "Minggu Maulidur Rasul" di bawah Panitia Penitia Pend. Islam j-QAF. Bermula 14 Feb(Isnin) dan kemuncaknya adalah pada 18 Feb 2011 yang mana acara perarakan semua guru dan sekolah di luar kawasan sekolah.

Berikut antara aktiviti sepanjang minggu Maulidur Rasul berlangsung.
Isnin - Perasmian Minggu Maulidur Rasul
Selasa - Cuti Umum Sempena Maulidur Rasul
Rabu - Kisah Nabi & Soalan Kuiz (1)
Khamis - Kisah Nabi & Soalan Kuiz (2)
Jumaat - Perarakan Selawat Semua Guru dan Murid,Ceramah Maulidur Rasul,
Soalan Kuiz, Jamuan dan majlis bersurai.

Semoga sambutan yang diadakan setiap tahun ini akan dapat dihayati oleh semua warga sekolah dan bukan setakat mengalunkan selawat sahaja.Hayatilah kelahiran junjungan mulia ini dalam kehidupan seharian kita dan bersama-samalah kita smua warga berusaha menerapkan nilai-nilai murni dan peribadi unggul ke dalam hati dan kehidupan kita amnya. Insyallah..sama-samalah berdoa.

Assalamualaikum semua...

Salam 1 Malaysi untuk semua pembaca. Di sini saya bagi pihak warga j-QAF SKLS ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi melayari laman blog j-QAF SKLS. Walaupun tidak meriah dan sehebat laman-laman blog yang lain, namun kami akan cuba yang terbaik.Dalam ruangan blog kami ini akan mejurus kepada hebahan, berita yang berlaku dalam Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF. Justeru kami tidak pula menyediakan kolum yang lebih mesra seperti kolum untuk dimuat turun, upload dan sebagainya. Ini kerana bagi kami,telah banyak sumber boleh didapati dilaman utamam dan laman khusus untuk perkara tersebut. Jadi, selamat melayari laman blog j-QAF SKLS dan segala komentar serta kritikan yang membina amatlah kami alu=alukan. Setakat ini sahaja kali ini dan jumpa lagi!!!- chikmann-

Soutul Qalb2011

Thursday, February 24, 2011

Soutul Qalb ialah suatu tazkirah yang diterbitkan Unit j-QAF SKLS pada tahun ini. Tazkirah sulong yang diterbitkan secara bertulis ini akan menjadi edaran 2bulan sekali insyallah. Walau bagaimanapun ia juga akan dimasukkan dalam entri blog j-QAF sekolah.





Suara Hati..dengarilah..semoga akan mendapat ganjaran pahala dan menjadi santapan jiwa..walau hanya sekelumit Cuma..insyallah..



Apa Itu KBS?
Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Ia merangkumi semua perkara asas untuk menunaikan solat dan semua bacaan di dalam solat. Bermula dengan sehingga memberi salam. Aktiviti ini dilaksanakan bermula dari murid Tahun 1 sehingga Tahun 6. Kem ini akan dilaksanakan 4 kali setahun mengikut kesesuaian waktu dan pengukuhan akan sentiasa dilaksanakan terutama selepas waktu p&p Pendidikan Islam dan murid-murid akan berjemaah di surau sekolah atau masjid felda sebagai amali wuduk dan amali solat.

Berikut adalah penekanan dan pengukuhan terhadap KBS bermula dari Tahun 1-Tahun 6. Justeru diharap semua warga SKLS sama berganding bahu memberi perhatian dan mendidik murid-murid mengutamakan solat seterusnya akan melahirkan generasi Rabbani.

Solat Tiang Agama..Malah Solatlah Perkara Pertama Yang Akan di Soal di Alam Barzakh kelak..Pimpinlah anak-anak ini ke arah Cinta Ilahi...Semoga dengan usaha semua akan diberkati dan tercapai hasrat murni..Melahirkan Modal Insan yang Cemerlang Dunia & Akhirat..Segala-galanya dari Solat...

Tahun 1
- merangkumi perkara asas iaitu anggota wuduk,niat dan cara berwuduk. Amali wuduk, niat solat, bacaan pendek dalam solat,perlakuan solat dan amali solat. Tahun 2
- merangkumi niat wuduk,mengenal anggota sunat dan rukun wuduk,doa selepas wuduk,bacaan-bacaan dalam solat,bacaan surah lazim, tahiyyat awal dan tahiyyat akhir.
- Lafaz niat solat fardhu dan bacaan doa qunut.
Tahun 3
- merangkumi lafaz solat berjemaah, bacaan tahiyyat awal&akhir,bacaan surah lazim, perkara-perkara yang membatalkan wuduk dan solat. Tahun 4
- merangkumi syarat wajib, syarat sah solat, bacaan doa qunut, tahiyyat awal,tahiyyat akhir, bacaan sujud sahwi, bacaan surah lazim, bacaan lafaz azan & iqamah, kedudukan imam dan makmum serta masbuk dan muafik.
Tahun 5
- merangkumi semua bacaan dalam solat beserta pengertian, amali azan, amali iqamah,doa selepas azan dan iqamah. Tahun 6
- merangkumi semua bacaan dalam solat beserta pengertian, pengukuhan bacaan tahiyyat awal dan akhir, doa qunut, hafazan surah-surah lazim, lafaz solat berjemaah, doa selepas azan dan doa selepas solat.



Balasan Meninggalkan Solat

“ Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Pedoman :
- Bagaimana pula dengan solat dalam kehidupan seharian kita.?.Anak-anak murid kita? Sentiasalah menjaga solat..sentiasalah mengingatkan anak-anak murid kita..anak – anak kita tentang kepentingan dan kewajipan menunaikan solat..mudah-mudahan solat menjadi pemangkin kecemerlangan dalam semua lapangan..serta menjadi Pembentuk Akhlak Mulia dan Insyallah…-

Edaran dalaman j-QAF SKLS 2011

MESYUARAT KURIKULUM

Saturday, February 19, 2011

NAMA MESYUARAT :MESYUARAT KURIKULUM j-QAF 2011
TEMPAT :PKG BAHAU, BANDAR SERI JEMPOL
MASA :2.00 PETANG-5.00 PETANG
AGENDA :UCAPAN ALUAN PEN. PENG. j-QAF JPNS(TN.HJ. YUSRI B. MOHD. AKHIR)
:PENGURUSAN j-QAF 2011 (DISAMPAIKAN OLEH:PEGAWAI j-QAF PPD JEMPOL/JELEBU)
:PEMANTAUAN DAN DAPATAN
:BAHASA ARAB 2011(KSSR)
:HAL-HAL LAIN

MESYUARAT PANITIA PEND. ISLAM&j-QAF KALI PERTAMA 2011

MESYUARAT PADA:25 JANUARI 2011
TEMPAT : BILIK GURU SKLS
KEHADIRAN : SEMUA GURU PENDIDIKAN ISLAM
PUKUL :12.30 TGHR-2.00 PETANG
AGENDA :UCAPAN ALUAN KETUA PANITIA
MEMBENTANG&MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LEPAS
PERKARA BERBANGKIT
PENGURUSAN PANITIA 2011
PENGURUSAN j-QAF 2011
HAL-HAL LAIN

Jadual KBS 2011 SK Lui Selatan(f)

TARIKH CADANGAN KBS SKLS 2011

Kem Bestari Solat Siri 1
1 19/2
2 ‘’
3 ‘’
4 26/2
5 ‘’
6 ‘’
Kem Bestari Solat Siri 2
1 16/4
2 ‘’
3 ‘’
4 23/4
5 ‘’
6 ‘’
Kem Bestari Solat Siri 3
1 25/6
2 ‘’
3 ‘’
4 2/7
5 ‘’
6 ‘’
Kem Bestari Solat Siri 4
1 16/7
2 ‘’
3 ‘’
4 30/7
5 ‘’
6 ‘’

Penghantaran Maklumat Pemantauan KBS & KLAQ 2010

Alhamdulillah, telah selesai tanggungjawab kami dalam mengisi borang pemantau segala aktiviti Kem Bestari Solat serta Kem Literasi Al-Quran 2010 SKLS. Maklumat berikut adalah penting bagi pemantauan dan sebagai dokumentasi segala aktiviti yang dijalankan oleh j-QAF SKLS. Harapan kami semoga Tahun 2011 akan pengurusan j-QAF SKLS akan lebih mantap dan berkesan. Insyallah.

Selamat Datang Semua



Assalamualaikum..alhamdulillah bertemu lagi dalam entri yang terbaru.Lama sudah blog j-QAF SKLS tiada memasukkan apa-apa entri atau hebahan untuk tatapan umum. Ini kerana terdapat kekangan masa dengan pelbagai aktiviti serta masa yang terhad untuk menatap blog menyebabkan kami banyak ketinggalan pelbagai infomarsi. Walaubagaimanapun, pihak kami akan sentiasa cuba mempertingkatkan mutu dan kualiti blog j-QAF SKLS, Insyallah.Sebagai wakil warga j-QAF SKLS saya mengalu-alukan tatapan & komentar pembaca agar dapat lagi memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan yang ada.

Jadual Kelas Tasmik j-QAF SKLS 2011

Berikut adalah Jadual Kelas Tasmik Tahun 2011

Hari Isnin : Tahun 1A&1B
Hari Selasa(pagi) : Tahun 6A&6B (Petang)Tahun:2Arif
Hari Rabu (pagi) : Tahun 3Arif
Hari Khamis(pagi) : Tahun 4Arif (Petang)Tahun:5A&5B

Kehadiran semua murid adalah WAJIB. Dan harapan kami agar para ibu bapa/penjaga akan memberi kerjasama memastikan murid ke Kelas Tasmik yang telah ditetapkan. Terima Kasih.

Disertakan bersama Jadual Kelas Agama Petang SKLS 2011

KAP SKLS dilaksanakan 4kali seminggu. Iaitu pada hari Isnin sehingga Jumaat. KAP akan bermula pada pukul 2.30 petang -5.00 petang. Kehadiran murid adalah wajib. Bersama-sama berganding bahu memastikan kecemerlangan anak-anak bersama bimbingan Al-Quran & KAP.

GURU PENDIDIKAN ISLAM & j-QAF SK.LUI SELATAN 2011

Wednesday, February 16, 2011


GURU PENDIDIKAN ISLAM SK LUI SELATAN PADA TAHUN INI ADA PERTAMBAHAN DENGAN HADIRNYA SEORANG USTAZ..DAN BERPINDAHNYA SEORANG USTAZAH j=QAF.DAN KINI TENAGA PENGAJAR PENDIDIKAN ISLAM 2011 IALAH:
1- USTAZ RUZUWAN B. YAAKUB
2- USTAZAH MONA SAHILA BT. SAAD
3- USTAZAH JUNAINA BT. BASIRAN
4- USTAZAH MASLINDA BT. MOHAMAD
5- USTAZAH HAZURA BT. ALLAUDDIN

SEMOGA TAHUN 2011 AKAN LEBIH MEMBAWA LEBIH BANYAK PENINGKATAN DAN SEMAKIN MENINGKATNYA PRESTASI SERTA PENCAPAIAN MURID DALAM PENDIDIKAN ISLAM KHUSUSNYA DAN CEMERLANG DALAM LAPANGAN AKADEMIK. INSYALLAH..DAN HARAPAN JUA SEMOGA SEMUA GURU PENDIDIKAN DAPAT MENGEMBLENG TENAGA MEMANTAPKAN PENDIDIKAN ISLAM DI SKLS..


AHLAN WASAHLAN 2011